Hari Pertama Persekolahan 2010…

Isnin –¬†18 Muharam 1431 ¬†–¬†04 Januari 2010

Assalamualaikum…

Selamat kembali ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Besout 5, Sungkai, Perak untuk meneruskan sessi pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang telah kalian sedia maklum dalam takwim persekolahan bagi tahun 2010, hari ini adalah merupakan hari pertama  persekolahan .

Pada jam 7:35pagi 04 Januari 2010 ( hari ini ) satu perhimpunan rasmi telah berlangsung dengan kehadiran semua warga Sekolah Kebangsaan Besout 5. Guru yang bertugas pada minggu pertama persekolahan ini adalah Cikgu Norazlin Binti Suhaimi.

Dalam perhimpunan pagi tadi, kelihatan wajah yang ceria dan bersemangat dikalangan warga sekolah ini. Semoga misi dan visi Sekolah Kebangsaan Besout 5 diteruskan dengan semngat kerjasama, disiplin dan penuh beretika. Selamat meneruskan sesi mendidik dan menerima ilmu di sini.

Selamat datang diucapkan kepada warga baru SK Besout 5 iaitu para pelajar baru prasekolah, pelajar tahun satu sekolah dan seorang lagi cikgu baru. Semoga kalian dapat bersama – sama kami dalam menjayakan matlamat sekolah ini.

Guru baru yang dimaksudkan adalah Cikgu Mohd. Rahimi Bin Mat Rani. Beliau merupakan seorang lulusan ijazah dalam bidang Kajian Sosial dari salah sebuah Maktab Perguruan di Negeri Selangor dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Negari Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *